KERANI PENTADBIRAN, Ipoh, Perak.
Detalhes do emprego
Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 8 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai 100 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan MS ISO 9001 (Quality Management System).
Penerangan kerja:
- Untuk menghantar semua permintaan pembelian tepat pada masanya.
- Untuk memeriksa stok bahan kimia dan peralatan setiap hari.
- Untuk membuat invois dan kutipan harian seperti yang diarahkan dan mengikut sasaran yang ditetapkan.
- Untuk menghadiri mesyuarat untuk memenuhi keperluan piawaian MS ISO 9001 kami.
- Untuk menyelaras dengan Pemasaran, pasukan Operasi dan cawangan.
- Semua wang tunai, cek, pesanan tempatan dan dokumen undang-undang mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan sewajarnya.
- Menghadiri sesi Latihan yang telah disediakan samada di bawah anjuran Syarikat atau Agensi Luar seterusnya mengaplikasi serta menyampaikan ilmu pengetahuan kepada staff yang berkaitan.
- Merekod temujanji Pegawai Pemasaran di dalam buku pesanan pemasaran.
- Menyelia dan memantau temujanji Pegawai Pemasaran.
- Menyediakan sebutharga, proposal dan dokumen tender jika perlu.
- Menyediakan Surat Perjanjian Pelanggan Baru atau Penyambungan Kontrak.
- Membuka fail dan kad pelanggan bagi pelanggan baru.
- Menyediakan maklumat sijil jaminan untuk kerja-kerja C.S.T dan S.T
- Menyediakan agenda serta mancatit minit mesyuarat.
- Menyediakan Profil Syarikat.
- Membaca akhbar – Bahagian Tender.
- Membuat buku index nombor telefon.
- Menyemak dan melengkapkan rekod bayaran pelanggan di dalam laporan bulanan Pegawai Pemasaran.
- Membekalkan laporan dan maklumat yang lengkap untuk Bahagian Kewangan.
- Memiliki lesen D adalah kelebihan.
- Komunikasi & Penampilan yang Baik
- Jujur, Patuhi Masa , Amanah & Komited
- Seorang yang proaktif.
- Boleh Bekerja Lebih Masa & Luar kawasan jika diperlukan.
- Boleh Bekerja Dalam Kumpulan
- Perempuan berumur 20 - 35 tahun.
- Cergas, Tahap Kesihatan & Fizikal yang Baik (Fit)
- Pekerja yang Berkualiti, Berdisiplin & Berintegriti
- Bebas Dadah & Alkohol
-PATUHI MASA. RAJIN.
- Patuh SOP & Bertanggungjawab
- Lengkap Vaksinasi Covid-19
Bayaran 1hb. Akaun bank pekerja.
Gaji Permulaan: RM1,600.00
Gaji Sah Jawatan (4Bulan): RM1,700.00
12 Bulan: RM1,800.00
Kenaikan gaji tertakluk kepada penilaian, kelayakan dan kelulusan dari semasa ke semasa.
Jika berminat & memenuhi kelayakan, WhatsApp resume ke 019.392 3992.
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek.
Alamat Pejabat: No. 5, Jalan Ampang Baru 6A, Pusat Perdagangan Ampang Baru,
31350 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-311 4686
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi:
Isnin - Jumaat : 8.30am - 5.30pm
Sabtu : 8.30am - 1.00pm
*Kerja lebih masa bergantung kepada penjadualan kerja
Apply safely
To stay safe in your job search, information on common scams and to get free expert advice, we recommend that you visit SAFERjobs, a non-profit, joint industry and law enforcement organization working to combat job scams.