Kekosongan Jawatan Guru Taska Izz Kiddy Setia Alam
Job details
Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.
Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.
Sehubungan itu, pihak kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami dalam mendidik dan mendokong perkembangan para pelajar di bawah sekolah swasta kendalian kami ini iaitu :
Taska Izz Kiddy Setia Alam
Bidang tugas asas seorang guru taska :
- Bertanggungjawab mengasuh dan menjaga anak asuhan mengikut jadual dan ketetapan yang disediakan oleh pengurus taska.
- Bertanggungjawab mematuhi semua peraturan kebersihan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pengurus Taska dan pihak berwajib dalam urusan berkaitan pengurusan anak asuhan dan penyediaan makanan.
- Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain seperti yang diarahkan oleh Pengurus Taska yang berkaitan dengan urusan kerja di Izz Kiddy dan juga tugas rasmi umum atas arahan dari pihak Ahli Lembaga Pengelola dari masa ke masa.
- Mendapatkan suntikan typhoid serta memastikan tempoh suntikan typhoid adalah sah sepanjang tempoh bertugas di Taska Izz Kiddy.
- Memastikan tugasan membuka Taska sewaktu pagi dijalankan pada waktunya dan memastikan pintu kaca dan pintu utama taska bertutup serta berkunci sebelum pulang.
- Bersedia untuk bekerja lebih masa mengikut jadual ketetapan bertugas seperti yang disediakan oleh Pengurus Taska.
- Mengisi buku laporan aktiviti individu anak asuhan pada setiap hari dan memastikan buku laporan dibawa pulang oleh anak asuhan pada setiap hari.
- Sijil, Diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf MQA.
- Calon yang mempunyai pengalaman mengajar di taska kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.
- Calon yang mempunyai Sijil Kursus Asuhan Permata mempunyai kelebihan.
- Bersedia memulakan tugas pada 6 - 16 JANUARI 2025.
- Tajuk emel (contoh) : Permohonan Jawatan Guru Taska Izz Kiddy Setia Alam.
- Surat rasmi permohonan jawatan.
- Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
Tarikh temu duga : 1 DISEMBER 2024 - 15 JANUARI 2025.
Tarikh lapor diri : 1 - 16 JANUARI 2025.
Apply safely
To stay safe in your job search, information on common scams and to get free expert advice, we recommend that you visit SAFERjobs, a non-profit, joint industry and law enforcement organization working to combat job scams.